Bayangan Seorang Perempuan

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada yang bukan islam saya ingin menceritakan tentang kisah nyata yang berlaku kepada diri saya pada 2014. Ketika itu saya berumur 9 tahun. Ibu dan bapak saya pergi bekerja dan senantiasa pulang ke rumah pada lewat malam, saya hanya tinggal bersama 5 orang adik-beradik termasuklah saya. Abang saya macam biasa, dia selalu berkurung dalam bilik untuk belajar, dan kakak-kakak saya pula selalu pergi ke rumah kawan dia untuk membuat “study group” yaitu belajar bersama-sama.

Pada hari itu, saya hanya tinggal bersama abang saya. Pada waktu itu saya sangat lapar dan dahaga. Saya pergi ke bilik abang untuk meminta supaya abang saya pergi ke dapur dan menyiapkan makanan untuk saya. Abang saya terus pergi ke dapur dan menyiapkan makanan untuk saya. Semasa abang saya sibuk di dapur saya juga sibuk mengemas permainan-permainan yang baru saja dimainkan oleh saya sebentar tadi.

Selepas siap berkemas, permainan itu mesti di simpan di dalam bilik, permainan yang disediakan oleh ibu bapak saya. Bilik itu sangat gelap dan tiba-tiba sahaja bilik itu dipenuhi dengan daun-daun pokok rambutan. Saya berasa sangat heran pada masa itu, dengan serta merta saya memanggil abang saya untuk melihatnya. Ketika giliran abang saya untuk melihat bilik itu dengan matanya sendiri daun-daun itu terus hilang. Saya berasa sangat takut pada masa itu dan abang saya berkata “ah relax la, jangan takut benda biasa saja” sambil memegang bahu saya.

Selepas siap menjamu selera, saya terus pergi ke bilik itu dengan berasa heran dan takut. Tiba-tiba elektrik di rumah terus mati, abang saya tidak keluar dari bilik kerana dia tahu saya tidak berasa takut sangat kerana elektrik mati pada siang hari. Semasa masuk ke dalam bilik lampu tidak boleh dibuka kerana terjejas oleh bekalan elektrik. Semasa saya melangkah masuk ke bilik yang penuh dengan misteri itu daun-daun yang saya nampak tadi telah kembali.

Saya memberanikan diri dan masuk untuk menyiasat apa yang sedang terjadi. Semasa saya masuk tiba-tiba “music box” yang sepupu saya beri hadiah hari lahir kepada saya tiba-tiba sahaja terbuka dan berbunyi dengan kuat. Sehingga saya terpaksa menutup telinga dan terbaring di atas katil, selepas saya mencoba untuk membuka telinga, lagu dari music box itu telah berhenti. Tiba-tiba bayangan seorang perempuan melintas di depan saya sepintas kilat saya sangat terkejut dengan serangan itu tetapi saya tetap memberanikan diri.

loading...

Semasa saya tengok kearah cermin muka saya tidak muncul di dalam cermin tetapi hanya muncul lembaga hitam yang berambut sangat panjang hingga menyentuh lantai. Mukanya dipenuhi dengan darah dan saya terus jatuh ke lantai kerana takut akan lembaga itu. Saya membaca doa-doa yang ketika berada dalam bahaya dan surah-surah yang saya hafal selama ini dan saya membaca semua ayat-ayat Quran yang saya ingat.

Saya meraba-raba muka saya kerana dalam cermin muncul muka lembaga hitam itu dan ketika saya melihat cermin itu sekali lagi muncul muka saya yang seperti biasa. Tetapi saya tetap merasa takut akan bilik itu. Selepas kejadian itu berlaku bilik itu sentiasa menghantui saya sepanjang masa dan memanggil-manggil nama saya supaya masuk ke dalam bilik itu.

Pada waktu petang, ibu bapak saya telah pulang dan saya menceritakan apa yang berlaku pada siang hari tadi. Ibu saya menceritakan hal yang sebenarnya, rupa-rupanya arwah nenek saya telah meninggal di dalam bilik ini ketika saya berumur 4 tahun kerana mukanya telah dihempas oleh cermin almari. Kerana ribut yang sangat kuat membuat almari di dalam bilik saya jatuh ke atas nenek saya yang sedang tidur.