Cerita Hantu di LPT2 dan RNR Ajil

Hi kenalkan aku serl, cerita sejak lebuh raya LPT2 dibuka kepada orang ramai, sudah banyak kita dengar mengenai kes kemalangan maut yang berlaku. Setiap kemalangan pasti meragut nyawa itu yang menjadikan kisah di LPT2 ni menyedihkan. Tapi adakah kita ketahui apa yang sebenarnya berlaku di LPT2? Siapa yang tahu kisah sebenarnya di lebuh raya ini? Aku dengar-dengar ada cerita hantu di LPT2 dan RNR Ajil nih. Betul kah?

Di sini aku ingin kongsikan sedikit info kisah seram kisah mistik yang berlaku di LPT2. Seorang pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan hantu ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya. Kawannya juga berkongsikan cerita hantu di LPT2 nih dan insiden seram itu berlaku dikawasan Rehat dan Rawat (RNR) Ajil diawal lebuh raya LPT2 berkenaan dibuka kepada orang ramai.

Cerita hantu di LPT2 “pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan yang membuatkan seluruh bulu roma badan saya menegak”.

“Kejadian menakutkan ini berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan ditempat duduk belakang membuatkan saya seriau” katanya.

Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi siulan hantu itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran didalam hatinya. Apabila tiba dikawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa dibahagian belakang tetapi tiada apa-apa. Ini menguatkan lagi teori beliau yang memang adanya unsur-unsur gangguan hantu disekitar kawasan LPT2 dan RNR Ajil.

Ahmad Aziz turut membuka satu lagi cerita hantu di LPT2 iaitu ketika dia bersama rakannya berhenti di RNR Ajil. Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian. “Ketika di RNR Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ketandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak kerumah masing-masing”.

“Apabila rakannya tiba dirumah di Jerangau Barat, beliau keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya. Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telepon dari isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan beliau si isteri sebenarnya masih berada di RNR Ajil”.

“Apabila dilihat didalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri kawannya itu sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada disebelahnya itu bukanlah isterinya” katanya. Ahmad Aziz berkata, banyak yang memperkatakan tentang cerita hantu di LPT2 dan RNR Ajil nih termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar diatas jejambat.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan oleh diri sendiri. “Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tidak berlakunya kemalangan yang meragut nyawa” katanya sebagai penutup perbualan.

loading...
KCH

bregita serly

Sekedar kembali mengingatkan. "Jangan pernah baca ini sendirian" :)

All post by:

bregita serly has write 2.657 posts