Cik Cantik Imajinasiku

Hai nama saya Penny saya bersekolah di Sk Bundu Tuhan Ranau. Saya ingin menceritakan kisah nyata dan seram. Singkatkan cerita, semasa pukul 2:38 a.m. saya terbangun kerana mimpi yang sangat buruk bilik keluarga kami dekat sahaja di ruang tamu. Saya pun bosan dan berkata “bagus saya nonton computer sahaja”, saya pun pergi bermain computer.

Lalu saya yang sedang menonton youtube. Singkatkan cerita, saya menonton computer itu tiba-tiba saya terdengar yang sebut “apa kamu buat sana anak kecil?” saya pun diam-diam dan menonton computer. Singkatkan cerita lagi saya mengantuk semasa 4:09 a.m saya pergi ke bilik untuk tidur. Di depan bilik saya, ada rumah usang yang saya tidak tahu siapa yang tinggal disana.

Tetapi saya merenung rumah itu dan saya ternampak perempuan yang sedang duduk di kerusi rumah usang itu dan saya berfikir “kenapa perempuan itu duduk di kerusi subuh-subuh begini!”. Saya tengok dibelakang sebentar dan tengok balik rumah itu dan tiada siapa-siapa lagi disana.

Saya terasa takut dan saya berselimut. Singkatkan cerita, pada awal pagi saya bertanya kepada bapa saya dalam bahasa sabah. “Papa siapa pula tuh perempuan yang duduk di kerusi?” maksudnya papa siapakah yang duduk di kerusi itu bapa saya berkata “Dimana?” dan saya berkata “Tiada lah”. Saya memikirkan yang itu, saya rasa itu hanya lah imajinasi saya.

loading...

Dan singkatkan cerita, saya hendak pergi ke kedai. Saya pun terjatuh semasa saya berlari, saya ternampak perempuan itu lagi dan dia berkata “sini saya tolong ya!”. Saya memegang tangan itu, saya terjatuh semula saya menoleh di depan tiada siapa-siapa. Saya pun terus tidur, semasa malam saya sangat takut dan berselimut di bilik saya. Terima kasih kerana membaca cerita misteri saya sekian bye.

KCH

Penny AIN (Sabah)

Sekedar kembali mengingatkan. "Jangan pernah baca ini sendirian" :)

All post by:

Penny AIN (Sabah) has write 2,676 posts