Gara-gara Mulutku

Hai semua, baru pertama kali tulis disini sebelumnya cuma baca saja. Ok aku cerita saja, waktu itu hari rabu, waktunya lebih kurang pukul 1 begitu, ketika aku sedang duduk ujian. Tiba-tiba kita sekelas terdengar orang sedang menjerit. Pada mulanya kita fikir itu cuma main-main, lama kelamaan bunyi jeritan langsung tak berhenti sehingga susah mahu jawab ujian langsung terbiar saja gara-gara bunyi jeritan itu.

loading...

Singkat cerita esoknya aku tanya pada kawanku bunyi jeritan apa yang langsung tak henti-henti. Kawanku bagi tahu aku bahwa disekolah ada yang lagi menumpang, biasalah siapa lagi kalau bukan “si dia” yang buat kecoh, sehingga beberapa pelajar jadi histeria. Aku cuma diam, waktu itu aku sedikit pun tak takut. Dalam hati aku cuma kata “tak akan ada apa-apa”.

Sehingga kan pada hari tersebut masih ada yang histeria. Waktu itu aku tak punya perasaan sedikit pun kerana bukan aku yang kena. Begitulah isi hati aku. Tibalah hari jumat esoknya, 5 hari bulan, diwaktu pagi seperti biasa sekolahku mengadakan bacaan Al-Mat’hurat dan Yasin. Sebelum baca ada taklimat pengetua menyuruh kita warga sekolah semuanya baca.

Mohon dari Allah agar semuanya pulih. Ketika itu juga aku lagi sedang bersembahyang dengan kawanku. Ya, aku cakap pada dia bahawa disini ada hantu. “Jangan celupar mulut itu, nanti kau kena baru tahu” itu yang dia kata padaku, aku cuma ketawa. Singkat lagi ceritanya (bosan ya) waktu itu kelas bahasa inggris, aku tak ada mood mahu belajar, tiba-tiba sahaja dan akhirnya aku histeria kata temanku selepas aku sedar dari semuanya.

Dia cerita padaku waktu aku dikelas, aku tiba-tiba menangis kuat begitu sambil ketawa. Ya semuanya takut mahu mendekatiku. Aku dibawa dibilik guru dan diletak disatu bilik khas. Selepas itu, aku jadi agresif, langsung keluar dari bilik itu dan lari menuju kedalam kelasku (tak tahu kenapa. Lagipun aku masih belum sedar). Ada yang cuba mengejar dan menahan tapi semuanya tak berhasil.

Sehingga aku tiba dikelasku ada yang menahanku dengan kuat. Cikgu aku langsung datang dan terus menahanku sehingga aku terdampar ke dinding (kepalaku bejol). Apa lagi dibaca surah-surah kepadaku agar aku sedar, tapi aku waktu itu masih agresif, sehingga orang menahanku lebih kurang 6 orang atau lebih. Waktu itu aku perlahan-lahan mula sedar dari histeria dan dibawa kebilik tadi, dibilik guru untuk rawatan.

Aku jadi trauma dengan kejadian ini. Sampai sekarang setelah pulih pun masih teringat apa yang disaksikan oleh kawanku dan dia cerita ini semua padaku. Baru pertama kali kena, trauma terus. (Lupa, sekolahku itu memang ada perempuan yang mati disekolah itu. Puncaknya tidak diketahui) maaf. Ok itu sahaja, maaf kurang seram, tapi itu yang aku alami kerana aku jadi serabut bila fikirkan itu. Sejak dari itu aku mula berhati-hati kalau berkata, soalnya kita tak tahu apa yang akan terjadi. Wassalam.

loading...