Hantu yang Menjaga Kelas

Selamat sejahtera kepada KCH. Hari ini saya akan menceritakan hal aneh disatu kelas di sekolahku.Ada satu kelas disekolahku itu berhantu. Kelas itu seakan-akan ada orang menjaganya. Banyak orang yang takut sama kelas itu. Ada kawan saya, namanya Siti. Dia dari kelas berhantu itu.

Dia adalah orang kedua melihat hantu yang ada dikelasnya. Ada suatu hari itu, Sufian (kawan Siti) pergi menghantar bukunya kedalam kelas. Setelah dia menghantar, dia ternampak ada bayangan hitam dikerusi Khusyairi (kawan Sufian). Sufian hanya mendiamkan diri. Dia berasa takut dan tidak boleh bergerak lagi.

loading...

Dia melarikan diri dan bertemu dengan Siti. Siti juga melihat hantu itu. Dia juga mendiamkan diri. Orang pertama lihat adalah Sufian. Kedua adalah Siti. Ketiga adalah Jamsari. Pada waktu keesokannya, cikgu yang sepatutnya mengajar tidak dapat hadir. Guru kelas mereka hairan kenapa kelasnya hanya senyap saja. Selalunya kelasnya terlalu bising.

Guru kelas mereka pun pergi ke kelasnya dan bertanya “kenapa semua senyap je ni?” katanya. Murid-murid hanya mendiamkan diri. Ada juga hari itu, ustadzah pergi ke kelas itu. Ustadzah hairan kenapa kelas itu senyap saja. Tiba-tiba ustadzah itu terhidu bau daun sirih. Allsya (kawan Siti) pula tiba-tiba menangis. Allysya berkata “ada nenek makan sirih ditepi tempat duduk Sufian”.

Banyak yang mengatakan bahawa hantu itu dari bilik sains. Tetapi, sebenarnya hantu itu milik Khusyairi. Khusyairi pernah membawa suatu benda peninggalan neneknya. Kelas itu selalu senyap dan seakan-akan ada yang menjaganya. Kelas itu masih menjadi misteri bagi kelas-kelas yang lain. Pada waktu cikgu tak ada, kelas itu hanya senyap. Mungkin hantu itu menjaga kelas itu.

KCH

Husna Tasha

Sekedar kembali mengingatkan. "Jangan pernah baca ini sendirian" :)

All post by:

Husna Tasha has write 2.657 posts