Jasadnya Belum Tenang

Cerita ini berlaku sekitar 1990 an di sebuah sekolah di Sarawak, Malaysia. Ada seorang remaja perempuan berumur 17 tahun meninggal selepas terjun dari tingkat tiga block B. Kejadian ini berlaku selepas tamat sebuah pertandingan “Ratu Cantik” yang di adakan di sekolah menengah (SMK Julau). Dia merupakan salah seorang peserta “Ratu Cantik” tersebut.

Dia memakai pakaian tradisional kaum iban iaitu ngepan. Selepas kejadian tersebut. ramai pelajar sering melihat kelibat perempuan tersebut merayau-rayau di kawasan sekolah pada waktu malam. Kerusi di asrama yang di diaminya dulu kadang-kadang bergerak sendiri menurut pelajar yang pernah melihat.

Menurut cerita makcik cleaner yang memang sudah lama bekerja di situ, ada suatu malam, sekumpulan pelajar asrama belajar malam dekat block tersebut lari berkeliaran selepas melihat kelibat perempuan tersebut datang dengan baju yang dipakainya waktu itu (baju ngepan) dengan wajah sayu dan pucat. Menurut sumber yang dipercayai, perempuan tersebut datang tiap-tiap malam dengan pakaian ngepan dan terjun dari tingkat 3 tersebut pada waktu yang sama seperti yang berlaku waktu itu.

Ada juga mengatakan jasadnya belum tenang dan masih berada di tengah-tengah 2 alam. Menurut cerita pelajar di situ, kematiannya berlaku apabila dia mendapati kekasihnya tidak mahu bertanggung jawab atas kandungannya (dia mengandung) . Kesimpulannya, dia meninggal akibat di tinggal oleh kekasihnya. Cerita ini dah lama dah berlaku. Sekarang mungkin takde lagi kelibat dia. Kita doakan agar dia tenang di sana.

loading...
KCH

rylna

Sekedar kembali mengingatkan. "Jangan pernah baca ini sendirian" :)

All post by:

rylna has write 2,676 posts