Kain di Sebalik Tabir

Hai saya newbie disini. Saya sangat meminati kak Sezgina F.S Fradah. Saya selalu baca story dari kak gina dan maybe ngefans sama dia. *Ops? Cakap Indonesia pula *hehe walaupun kitorang lain negara dan bahasa. Tapi seriusnya saya boleh dikira sebagai reader setia *hehe.

Okey, berbalik pada cerita. Pada bulan lepas, aku tak ingat tarikhnya tapi yang pasti bulan lepas je. Aku tengah sibuk mengulangkaji pelajaran. Sebab ujian bulanan akan diadakan pada minggu seterusnya alias minggu hadapan. Bila tengah ulangkaji itu. Tak sedar pula hari sudah lewat malam. Aku sibuk menekan kalkulatorku diatas meja. Tiba-tiba terperasan sesuatu.

Tabir di bilikku seperti digerakkan oleh seseorang. Aku semakin rasa ingin tahu apa yang berada di sebalik tabir itu. Aku berdiri dan memeriksa tabirku dan terlihat kain putih yang tersangkut pada jendela bilikku. Aku melihat kain itu dan ingin memegangnya. Tapi dia tiba-tiba sahaja tergerak seolah-olah ada orang yang sedang bersembunyi. Apabila aku tarik kain itu, tidak ada orang. Bulu romaku berdiri dan aku berlari menuju ke bilik mama. Aku melihat mama sedang duduk sambil melihat ponselnya. Mamaku berasa hairan padaku dan bertanya.

loading...

“Kenapa kakak lari-lari ini? Dah ulangkaji ke?”.
“Dah, kakak sengaja je datang sini sebab bilik kakak panas sangatlah. Mungkin kipas kakak dah rosak” jawab aku.

Mamaku hanya terdiam melihat gelagatku. Aku pun lega akhirnya. Tapi kelegaanku tidak lama. Beberapa minit kemudian, aku kembali ke bilik kerana menyangka lembaga itu sudah pergi. Tapi setelah aku masuk kedalam bilikku, aku terhidu bau yang amat wangi diiringi bau busuk yang teramat sangat. Aku segera keluar dari bilikku dan segera mencari mamaku.

Ternyata mamaku berada dalam bilik mandi manakala adikku Lina masih lena. Aku berasa takut dan cuba untuk bertenang. Akhirnya mamaku keluar dari bilik mandi dan aku menceritakan segalanya pada mama. Dia hanya mengangguk tanda faham dan segera menyuruh aku membaca surah pendek dan al fatihah. Okey sampai sini je lah ceritanya. Mungkin tak seseram yang korang rasakan tapi, ini memang betul. Kalau ada masa aku akan luangkan untuk KCH okey bye.

NurjnnatulAzwa

All post by:

NurjnnatulAzwa has write 4 posts