Lembaga Misteri

Assalamu’alaikum. Nama ku Fathan, kisah ini terjadi 4 tahun lalu di sebuah lembaga misteri, peristiwa hitam tersebut berlaku sewaktu aku berusia 12 tahun. Lebih kurang jam 8.30 malam, aku sudah tertidur. Seperti biasa, aku kerap terjaga pada lewat malam. tetapi berlainan dengan malam tersebut, aku terjaga dalam keadaan gelap gulita malah.

loading...

Tanganku pun, aku tak dapat lihat dengan jelas, hanya cahaya bulan yang menerangi malam tersebut. Aku hanya tutup mata ku lalu terlelap buat seketika, tapi tak lama, aku terjaga kembali akibat terdengar suara kucing yang kuat di belakang rumah. sebelum terlupa, aku tinggal di sebuah rumah kayu bertangga. Sambung ke fasa seterusnya, berdasarkan suara kucing tadi seperti ada yang tak kena. hati ku mula berprasangka sesuatu, tapi suara kucing sekejap sahaja. Selepas beberapa ketika suasana kembali sepi, bahkan yang aneh nya bunyi cicak serta bunyi nyamuk langsung tidak kedengaran, pelik.

Sekejap sahaja, selepas itu bunyi engsel memecahkan kesunyian larut malam. Mengikut firasat ku pada ketika itu, seperti ada sesuatu yang membuka pintu belakang rumah. Aku mula meletakkan telinga ku di lantai untuk mendengar setiap langkah lembaga tersebut. Situasi bertambah pelik apabila aku langsung tak dengar setiap langkah lembaga itu. Cuma aku dapat dengar geseran piring di dapur.

Lantas aku pun bangun pergi ke sudut bilik lalu terlanggar meja belajar aku. Tiba-tiba bunyi geseran piring terhenti. Seperti lembaga itu tahu yang aku sedar pada ketika itu. Dengan hanya berpandukan cahaya bulan, aku meraba-raba laci meja ku mencari lampu suluh. Tetiba satu hentakan keras kedengaran seperti mengarahku untuk memberhentikan setiap pergerakan. Apa lagi, aku terus terjun ke katil lalu menutup seluruh badanku dengan selimut.

Hentakan tersebut kedengaran lagi seperti gempa bumi sedang berlaku. Aku dengar kawan-kawan cerita kalau rumah bergegar seperti mahu runtuh, itu kerja hantu raya ada kat atap rumah, tetapi masalah nya hentakan tersebut dari ruang tamu. Pelik bukan, badan ku berpeluh seperti berjemur di tengah hari. Sejenap seketika, satu hembusan nafas yang agak kuat terhembus pada bahagian kepala ku.

Dalam keadaan berpeluk tubuh pada ketika itu aku cuma dapat berpura-pura tidur dengan memejamkan mata, membaca surah al-Fatihah, surah 3 Qul dan ayat Qursi dalam hati berserah kepada Allah SWT. keadaan kembali sunyi, tapi tak lama. Bunyi cakaran pula silih berganti, seram. kalau nak di ikutkan nafsu ku, hendak sahaja aku pergi nampak lembaga tersebut, namun sifat takut menguasai diri ku.

Aku menyanyi dalam hati untuk menenangkan diri ku agar tidak menghiraukan gangguan lembaga tersebut. Bunyi cakaran daripada lembaga tersebut terdiam seketika dan tersambung kembali dan kendengaran seperti berada ruang tamu pula. Selang beberapa menit, lampu hidup kembali, dan aku tak dapat menahan nafsu ku untuk melihat rupa paras lembaga itu.

Aku membuka pintu bilik ku yang berkunci dan bergegas ke ruang tamu, namun lembaga itu dah hilang. Aku pergi ke pintu belakang dan yang pelik nya pintu belakang itu terkunci. Pada situasi sedemikian, aku teringat akan bunyi cakaran lembaga tersebut, tak ada langsung kesan cakaran pada ruang tamu, aku bergegas ke bilik ku, aku dapati ada kesan cakaran pada sudut bilik ku.

Seperti cakaran seekor kucing tetapi mustahil dan kesan cakaran tersebut agak dalam dan besar. Aku berfikir seketika, tak ada bunyi seseorang membuka pintu sedangkan pintu bilik ku terkunci dari dalam. Pagi itu, aku terus menceritakan peristiwa itu kepada keluarga ku. Kakak ku pun ada juga cerita, satu malam kakak ku tidur lambat, katanya dia nonton mega movie tv3, pukul 12 tengah malam.

Kakak ku tergaman seketika apabila terdengar satu suara ngiauan daripada belakang rumah. Setelah mendengar kisah tersebut, keluarga ku memutuskan untuk meninggalkan rumah itu berpindah ke rumah bandar. Seminggu kemudian ada seseorang yang berminat dengan rumah ku, lalu membeli rumah dan tanah sekaligus kerana tawaran ayahku yang tak dapat ditolak nya.

Oh, iya aku orang Malaysia, berminat dengan kisah-kisah seram. Tu sahaja yang dapat aku sampaikan, sebab aku rasa seperti ada yang memerhatikan ku. Apa-apa pun aku minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, Assalamu’alaikum.

Share This: