Misteri Hantu Jerangkung

Hello, saya dari Malaysia ingin berbagi cerita misteri hantu jerangkung. Pada suatu hari sepasang suami isteri bersama anaknya ingin bercuti di cherating. Apabila mereka sudah siap sedia untuk pergi ke cherating, mereka pun bertolak. Mereka bertolak tepat 8.30 malam. Apabila mereka melalui terowong lebuhraya karak anak mereka yang baru umur 17 bulan itu mula menangis. Ia menangis sekuat hati, apabila mereka melepasi pekan karak tiba-tiba kereta mereka rosak.

Si suami pun alihkan kereta tersebut ke tepi jalan. si suami cuba membaikinya tapi tidak berjaya. Si suami berkata kepada si isteri yang dia ingin ke pekan karak. Tetapi si isteri melarang dia berbuat demikian. Si suami berkata kalau kamu takut pasanglah kaset Al Quran. si suami pun mula berjalan. Setelah berjalan si suami berasa sangat letih dia pun duduk di bawah sebatang pokok yang besar dan agak seram. Semasa si suami sedang berehat ada sebuah kereta yang di pandu oleh 4 orang pelajar kolej memandu dengan laju.

Di dalam fikiran si suami berkata “ha, ni mesti nampak hantu ni”. Si suami pun teruskan perjalanan apabila dia menghampiri pekan karak dia nampak sebuah lori yang memandu dengan laju orang yang memandu lori itu menjerit kepada si suami “dei tengok belakang dei”. Si suami pun dengan berasa tidak senang hati dia toleh kebelakang dan telah nampak sesuatu yang agak mengerikan, dia telah nampak makhluk halus yang bernama jerangkung.

loading...

Si suami cuba melarikan diri tapi dia tidak berjaya. Jerangkung itu telah menangkap si suami. Si isteri tidak mengetahui yang suaminya telah di tangkap oleh jerangkung. Si isteri berasa sangat risau dan takut. Dia pun memainkan kaset al qur’an itu, setelah saja si isteri memainkan kaset tersebut tiba-tiba kasetnya terpadam.

Bayi yang asyik menangis itu pun tiba-tiba tersenyap. Si isteri berasa sangat pelik 2 minit selepas bayi itu dan kaset itu berhenti berbunyi jam menunjukkan pukul 3:00 pagi. Pada pukul 3:03 pagi si isteri terkejut apabila terdengar bunyi hentakan di bumbung kereta. Pada pukul 3:04 polis ronda yang memandu kereta tersempak bersama kereta itu.

Seorang polis keluar dari pintu kiri dan mengacungkan pistol ke pada kereta itu dan seorang lagi polis keluar dari pintu kanan. Polis yang keluar dari pintu kanan itu mengarahkan si isteri keluar dari kereta “Puan sila keluar dari kendaraan dan bergerak ke arah kami, jangan toleh kebelakang cepat sikit”.

Tapi si istri degil dia toleh juga ke belakang, apabila dia toleh ke belakang dia ternampak satu makhluk yang bernama jerangkung sedang menjamah suami dia. Si isteri pun berlari ke arah polis dan terus masuk ke dalam kereta polis tersebut. Seorang polis telah melepaskan dua tembakan ke arah jerangkung dan kedua polis itu masuk ke dalam keretanya dan terus ke pangkalan. Pasal jerangkung tu tak de sesiapa pun yang tahu apa jadi pada makhluk itu, inilah misteri jerangkung.

KCH

Shaharol Nahar

Sekedar kembali mengingatkan. "Jangan pernah baca ini sendirian" :)

All post by:

Shaharol Nahar has write 2,694 posts