Pocong Berlumuran Darah

Suatu hari aku sembahyang isya di masjid. Selepas habis solat aku bersantai dulu di luar masjid dengan kawan aku naim. Saya dan naim bersantai sampai pukul 11:00 malam saya dan kawan saya pun balik rumah kami berdua dekat saja di sebelah rumah saya saja. Apabila saya dan naim pulang ke rumah ada suatu pondok kecil yang dikosongkan di tepi jalan.

Saya dengar bunyi orang meloncat begitu kuat di belakang saya. Saya ingat naim tetapi naim di sebelah kanan saya. Saya dan naim pun berhenti dan kami pun menoleh ke belakang dan tak kemana mana, di depan kami nampak sesosok pocong mata kanan tiada dan muka berlumuran darah. Saya dan naim terus lari pulang. Sampai satu simpang saya dan naim pun berhenti disebabkan kepenatan.

Dan saya menoleh ke belakang dan tiada pocong itu lagi. Dan saya pun cakap dengan naim yang pocong itu sudah tiada di belakang kita, dan tak kemana mana naim menjawab dengan menutup matanya dengan kedua belah tapak tangan dan menjawab memanglah tiada di belakang tapi ada depan kita!!! Dan tak kemana mana naim pun pingsan dan terbaring di simpang jalan tersebut dan saya takut sangat.

loading...

Saya pandang tiada apa apa di hadapan dan saya mengejutkan naim “im! im! Bangun im aku takut sorang sorang” Dan aku dengar suara seakan akan suara naim dan berbunyi begini buat apa nak takut aku kan ada. Aku terus mengigil dan aku toleh kebelakang tiba tiba aku di kejutkan, aku bangun tidur kerana lambat ke sekolah. Rupa rupanya aku bermimpi. Sekian terima kasih (harap maaf kalau tidak seram).

Share This: