Siapakah?

Pada suatu malam yang indah nan jauh di mata dekat di hati *hehe maaf. Terpanjang pula cerita, oke dipendekan cerita. Pada satu malam aku di rumah stay dengan mama dan adikku, Lina yang berusia 2 tahun. Malam itu papa tak ada sebab kerja overtime so dia terpaksa balik lewat sikit. Jam di dinding menunjukan pukul 9:30 malam. Rumahku yang berada tidak jauh dari semak atau dikenali sebagai rumah terakhir, mengalami black out.

Aku disuruh oleh ibuku untuk mengambil kipas tangan yang diletakkan di atas meja. Dan selepas aku memberi kipas itu, aku pun segera menghadap ponselku (maklumlah tak ada kerja *hehe). Tiba-tiba perut aku rasa berkeroncong. Seolah-olah meminta makanan, aku berlari ke dapur. Nampak dapur dalam keadaan gelap. Pergi je lah, sudah lapar nak buat macam mana.

Dan memulakan pencarian makanan diseluruh dapur. Akhirnya aku jumpa sebungkus makanan ringan. Dalam perjalanan pergi ke ruang tamu, (al maklum, dapur tu ada di sebelah bilik mama. Jadi tak jauh juga kalau nak pergi ruang tamu). Aku terlanggar badan seseorang. Aku tak tanya siapa, tapi aku tegur “mama ke ni? Eh sorry, kakak tak nampak mama. Gelap sangat”.

Tapi apa yang aku dengar cuma suara orang berdehem perlahan. Aku meneruskan perjalanan ke ruang tamu. Dan aku lihat di bilik mama. Rupanya mama ada disana sambil mengipas adikku? Jadi? Siapakah yang aku langgar tadi? Jantungku berdegup kencang. Tiba-tiba lampu terbuka dan aku tengok balik kat dapur. Tak ada orang. Bulu romaku pun tiba-tiba meremang.

Aku kembali berlari ke ruang tamu dan menyambung aktivitiku (main game). Tiba-tiba aku terdengar ketukan pintu. Bulu romaku berdiri lagi. Seperti ada yang aneh. Aku coba untuk tak memperdulikannya. Terus menerus menekan ponselku. Dengan jantung yang terlalu laju. Lama kelamaan ketukan itu semakin laju. Aku pun hairan. Tak akanlah mama tak dengar orang ketuk pintu? Aku membuka pintu itu dan mula menengking “hoi! Apa kau nak dari aku hah?”.

loading...

Dan dari jauh aku boleh dengar suara seperti sedang ketawa. Dengan pantas aku menutup pintu dan berlari kedalam bilik mamaku. Dengan nafas yang tercungap-cungap. “Ma, tadi kakak nampak hantu”. Tapi mama hanya tersengih sepertinya dia tidak percayakan aku. Hampa, dan aku melihat bayangan di jendela bilik mama. Aku langsung menjerit dan pengsan seketika.

Apabila aku sedar. Aku melihat mamaku dan papaku sedang risau dan seorang lagi lelaki memakai songkok di kepalanya, sepertinya dia ustaz. Dia menceritakan segalanya pada aku. Ternyata aku dirasuk hantu tadi sehingga mamaku menelefon papaku dan menyuruhnya untuk memanggil seorang ustaz. End.

Facebook: Annazyrra Wawa
WeChat: Searching_nurjannah

NurjnnatulAzwa

All post by:

NurjnnatulAzwa has write 4 posts

Please vote Siapakah?
Siapakah?
Rate this post