Suara Nenek

Hai pasti korang mula rasa bosan kan. Apa tak nya, buka KCH asyik-asyik jumpa nama yang sama je. Okey takpelah, kita fokuskan pada kisahku. Kali ini aku ingin menceritakan bahawa aku ada seorang nenek kesayangan yang telah meninggal pada tahun 2013. Pada masa itu aku berumur 14 tahun. Selepas kematian nenek, aku selalu menyanyikan lagu kegemaran nenek yang selalu dinyanyikan untukku ketika ingin tidur (maklumlah, anak manja *hehe).

loading...

Pada satu malam ni, ketika aku sedang menyanyikan lagu itu, pada lirik yang kedua iaitu “tidurlah wahai sayang, aku selalu berada disisimu”. Aku terdengar suara nenekku seperti ikut menyanyi denganku. Apabila aku berhenti menyanyi. Suara nenekku terhenti. Aku hanya memikir bahawa itu adalah imaginasiku kerana terlalu merinduinya (nenekku).

Aku meneruskan nyanyianku. Dan terdengar lagi suara itu. Aku langsung takut dan mengambil gambar nenekku lalu memeluknya. Aku hanya mampu bicara pada gambar itu “nenek, janganlah kacau kakak. Kakak takut. Nenek pergilah berbahagia di syurga”. Akhirnya suara itu tidak muncul lagi sampai sekarang. Aku menganggap bahawa itu adalah tanda nenekku mendengar kataku.

Aku menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa nenekku. Aku tidak lagi mengalami gangguan itu selama sebulan. Selepas itu, aku mula terganggu lagi. Aku selalu ternampak bayangan nenekku dengan wajah sedih. Di mana saja aku pergi, pasti akan ternampak bayangannya. Aku memegang gambar nenekku seraya berkata. “Nenek, tidak usah menampakan dirimu.

Jangan kuatir padaku. Tuhan akan sentiasa bersamaku. Akhirnya bayangan itu lama-lama memudar dan tidak lagi menggangguku. Aku menjadi terharu dan berharap agar roh nenek ditempatkan ke orang yang beriman. Oke setakat ini sajalah aku boleh kongsi. Nanti aku akan mengirim story yang lalu. Walaupun sudah agak lama. Okey bye.

NurjnnatulAzwa

All post by:

NurjnnatulAzwa has write 4 posts