Teman Kerja

Pengalaman ini sukar untuk aku lupakan. Kisah ini berlaku 3 tahun lepas, semasa aku bertugas sebagai penjaga di sebuah kantor. Aku dahulunya berkerja bersama 6 orang pekerja yang lain tetapi 2 0rang telah berhenti tanpa sebab. Pada suatu malam, aku bertugas seorang diri kerana rekan sekerjaku belum datang katanya hendak pergi ke rumah sakit. Aku pada mulanya takut tetapi terpaksa kerana tiada teman pada malam itu.

Aku cuma pusing-pusing di luar bangunan kerana takut masuk di dalam kantor. Setelah beberapa kali mengelilingi bangunan, aku kembali ke pondok guard. Oleh kerana terlalu penat aku tertidur, tiba-tiba bangku yang aku duduk ditarik menyebabkan aku jatuh. Aku berpaling ke belakang, mungkin kawan sekerjaku tetapi pintu pondok itu berkunci.

loading...

Bulu romaku meremang, tanpa berfikir panjang aku keluar dari situ. Aku berlari ke kedai-kedai yang berdekatan tetapi malangnya semuanya tutup. Aku kembali ke pondok guard tetapi aku tidak masuk di dalam. Aku duduk diluar lalu terlelap, tetapi aku terjaga setelah aku merasa ditarik. Rupa-rupanya kawan sekerjaku, aku bersyukur tetapi aku terasa ganjil kerana kawanku berbau harum.

Oleh kerana terlalu penat aku terlelap sehingga kesiangan. Aku terjaga setelah pintu diketuk bertalu-talu. Kawan-kawanku sudahpun tiba. Aku pun pulang ke rumah tanpa bercakap dengan mereka. Pada malam seterusnya, semua rekan sekerjaku memandangku.

Aku heran, lalu aku bertanya “kenapa?” lalu mereka menunjukkan aku rekaman CCTV. Aku terkejut kerana selama ini hanya aku yang bekerja di waktu malam. Aku bagaikan orang gila di rekaman CCTV bercakap seorang diri. Sejak hari itu aku tidak lagi bekerja di waktu malam, takut di temani oleh “dia”.

KCH

WAN

Sekedar kembali mengingatkan. “Jangan pernah baca ini sendirian” :)

All post by:

WAN has write 2,704 posts

Please vote Teman Kerja
Teman Kerja
Rate this post